ARTIKEL

Larian Hari Sarawak di Binatngor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini.

Acara itu dijangka kehadiran lebih 800 peserta sekali gus menyerlahkan semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pertandingan terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki 18 terbuka, lelaki 18 tahun ke bawah, perempuan 18 terbuka dan perempuan 18 tahun ke bawah.

Katanya, yuran penyertaan kategori terbuka ialah RM40, manakala bagi belia di bawah umur 18 tahun pula RM 20, semua peserta mendapat baju t-shirt.

“Kita juga menyediakan hadiah dan pingat untuk mereka yang berjaya menamatkan larian.

Johan setiap kategori bakal membawa pulang wang tunai RM300, naib johan (RM200), tempat ketiga (RM100) dan tempat kelima hingga sepuluh (RM50),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau betkata, penganjuran acara sukan itu bukan sahaja menghidupkan bandar Bintangor tetapi juga menyediakan peluang ekonomi khususnya kepada peniaga kecil.

“Kita melihat sambutannya tahun lalu memang sangat positif kerana peserta larian bukan hanya dari Bintangor tetapi juga Sarikei, Sibu dan Julau.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Ini menunjukkan kita bersatu hati untuk memeriahkan sambutan Hari Sarawak seterusnya menjadikannya lebih bermakna,” katanya.

Pertandingan dianjurkan oleh Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan kerjasama Wanita Parti SUPP Bintangor dan Kelab Belia Bintangor.

BERITA LAIN

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja