Larian Legasi Harapan sasar 800 penyertaan

BINTULU: Sasaran 800 penyertaan disasarkan untuk Larian Legasi Harapan (Legacy of Hope Run) yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun depan di The Spring Bintulu.

Aktiviti anjuran Persatuan Advokasi Persatuan Pendidik Awal Kanak-Kanak(AECE) Bintulu dan disokong oleh Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu ini antara lain bertujuan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada kanak- kanak berkeperluan khas.

Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat larian tersebut memberitahu, larian julung kali anjuran AECE Bintulu itu bertujuan untuk menarik sukarelawan dan rakan kongsi yang berminat untuk membantu anak keperluan khas mencapai harapan, impian dan potensi penuh mereka mengubah komuniti melalui bantuan keperluan khas dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan.

Menurutnya, Larian Legasi Harapan hanya terbuka kepada satu kategori iaitu Hope Fun Run 5km dengan yuran penyertaaan RM40 bagi pendaftaran awal sebelum 14 Mac manakala pendaftaran penyertaan selepas tarikh 14 Mac, akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.

Tarikh penyertaan bermula 15 Februari ini dan berakhir 30 April depan bertempat di premis ShareTea@ParkCity dan T4@ Bintulu Sentral, katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk sama- sama mengambil bahagian dalam larian sambil menyumbang.

Suara Sarawak