ARTIKEL

Antara peserta yang menyertai Larian Ria APM Dalat.

Larian Ria APM Dalat, terap gaya hidup sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Seramai 56 orang peserta menyertai Larian Ria Tertutup yang berlangsung di Tebingan Sungai Kampung Tanam Dalat.

Kesemua peserta terdiri daripada anggota lain-lain pangkat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dalat yang merentasi laluan sejauh lima kilometer (km) sebelum mengakhiri cabaran di garisan penamat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Dalat, Leftenan Muda (PA) Muhammad Helmi Halim berkata, semua peserta berusia 19 hingga 56 tahun itu dilepaskan serentak pada jam 7.30 pagi.

“Penganjuran program ini merupakan sebahagian inisiatif mengajak komuniti APM Dalat mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, walaupun hanya disertai warga APM namun, kesemua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menamatkan cabaran pertandingan itu.

Malah ujarnya, kesungguhan peserta yang memulakan larian dari Tebingan Sungai Kampung Tanam dan berakhir di Tebingan Sungai Dalat, membuktikan matlamat penganjur kejohanan itu tercapai.

“Kita mahu setiap anggota mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sebagai sebahagian asas penting untuk melakukan tugasan seharian.

Pada masa sama, penganjur juga ingin melahirkan generasi yang menitikberatkan penjagaan fizikal dan mental,”katanya.

Program turut diserikan dengan acara senamrobik dan cabutan tiket bertuah.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli