ARTIKEL

Martin Ben bersama kenamaan lain menyempurnakan acara pelepasan peserta Larian Santai 5KM Sarawak Agrofest 2026.

Larian Santai 5KM buka tirai Sarawak Agrofest 2026 di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 200 peserta menyertai Larian Santai 5 Kilometer (5KM) Sarawak Agrofest (SAF) 2026 yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, awal pagi tadi.

Acara pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming serta Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat.

Program itu diadakan bersempena dengan Sarawak Agrofest 2026 yang berlangsung dari 25 September hingga 4 Oktober depan dan merupakan antara pengisian bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di samping memeriahkan festival pertanian terbesar di negeri ini.

Penganjuran SAF 2026 menyasarkan kehadiran seramai 800,000 pengunjung sepanjang tempoh 10 hari dengan nilai jualan dianggarkan mencecah RM6.5 juta.

Seperti edisi sebelumnya, festival berkenaan menampilkan 14 segmen utama merangkumi pavilion pameran agensi kerajaan dan swasta, Agro Trade, Agro Fresh, Agro Tech, Agro Input, Peladang E-Shop serta Sarawak Kitchen.

Turut menjadi tarikan ialah pelbagai laman komoditi yang mempamerkan potensi sektor pertanian dan agromakanan negeri, termasuk padi, perikanan, nanas, sagu, nipah dan ternakan.

Selain pameran dan jualan, SAF 2026 turut mengiktiraf kecemerlangan komuniti agro menerusi pelbagai kategori anugerah seperti Ikon Agropreneur Sarawak, Agropreneur Belia, Usahawan Tanaman Makanan Terbaik, Industri Asas Tani Terbaik, Perikanan Darat Terbaik, Pertubuhan Peladang Kawasan Terbaik serta Penternak Terbaik.

Pemilihan Bintulu sebagai tuan rumah penganjuran tahun ini dilihat strategik kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Sarawak, sekali gus memudahkan akses pengunjung dari pelbagai bahagian di negeri ini.

Martin Ben bersama kenamaan lain merakam gambar bersama peserta Larian Santai 5KM Sarawak Agrofest 2026 sebelum acara pelepasan dimulakan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih