Trending

Larian tasik acara tahunan Sri al-Amin Miri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LARIAN tasik merupakan acara tahunan yang diadakan SRI Al-Amin Miri.

Ia bertujuan memberi peluang setiap pelajar menyertai sukan larian dan mengecapi kejayaan menamatkan larian masingmasing.

Memandangkan lokasi sekolah dan kemudahan yang terdapat di kawasan sekitar tasik di Taman Bulatan Miri, pihak sekolah menganjurkan Larian Tasik bersempena lokasi acara tersebut diadakan.

Pada masa yang sama, pelajar dapat merekod larian mereka untuk menyertai 7th International Eco Nature Run 2023 anjuran Unit Kokurikulum Ikram Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh.

Larian Tasik diadakan pada 9 September yang lepas bermula 7 pagi sehingga tengah hari melibatkan kesemua murid SRI Al-Amin Miri.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti larian bagi membentuk individu cergas.

Selain itu, ia dapat mencungkil bakat dalam diri setiap murid dan seterusnya memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

Terdapat 11 ciri-ciri insan rabani yang ingin dilahirkan dalam diri setiap murid.

Antaranya melahirkan individu yang memiliki pengetahuan yang luas, kefahaman yang mendalam, jasmani yang cergas, akhlak yang mulia, qalbu yang sejahtera, hikmah yang ketara, akidah yang benar, ibadah yang betul, dakwah yang istiqamah dan rahmatan lil alamin.

Menerusi Larian Tasik ini, ciri jasmani yang cergas matlamat yang ingin ditanam dalam diri murid berkaitan pembelajaran dalam matapelajaran akademik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pengarah program Larian Tasik, Nur Khairina Binti Suhaimi juga merupakan Guru Penasihat Sukan dan Pemainan Olahraga melahirkan rasa gembira atas kerjasama dan sokongan kuat dari para guru, murid dan juga ibu bapa serta penjaga.

Semoga program ini memberi bermanfaat buat semua pihak yang terlibat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PERMUDAH URUSAN KWSP

MUKAH berada di zon tengah Sarawak sememangnya mengalami pembangunan pesat

KAWAL EMOSI DIRI

»SURAH Maryam memaparkan kisah yang sarat dengan pengajaran yang dititipkan

SIBW 11 meriah

SIBU INTERNATIONAL BIKE WEEK (SIBW) kembali menemui peminat kelab permotoran

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah