ARTIKEL

JUARA LAGI...Barisan pemain Lariwoo Vet FC merakam gambar beramai-ramai selepas dinobat selaku juara. - FOTO FAIZAL BUJANG

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau, Datuk Seri Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak.

Barisan serba mantap itu yang diperkuatkan oleh beberapa bekas pemain Sarawak seperti Abang Zafari Abang Othman, HasdibRamli, Ahmad Bujang selain bekas pertahanan berpengalaman Ibraco FC, Shahrudin Salam berjaya menumpaskan Kaslap Vet FC dengan jaringan (4-1) menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 60 minit dalam aksi final yang berlangsung penuh dramatik di padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau semalam.

Sekali gus, mempertahankan gelaran juara yang pernah dimenangi tahun lepas.

Kejayaan itu menyaksikan pemain pasukan terbabit membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala dan jersi.

Bagi pasukan Kaslap Vet FC yang sekadar berpuas hati ditempat kedua menerima wang tunai RM3,000 bersama piala dan jersi.

Sementara itu, pasukan Tedung Melancar dan Den Contraction yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,500, piala dan jersi selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Sebuyau, Encik Ayuradiman Bujang mewakili ADUN N.27 Sebuyau merangkap Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Haji Julaihi Narawi.

Kejohanan berprestij anjuran PBB Cawangan Sebuyau dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sebangan menghimpunkan 23 buah pasukan mewakili pelbagai kelab handalan dari Kuching, Kota Samarahan dan daerah sekitarnya.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual