Larry Sng beri sokongan kepada PN

KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng memberi akuan bersumpah kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas dilaporkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menerima akuan bersumpah (SD) daripada dua ahli parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan mereka kepada PN.

“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi Kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” katanya menerusi satu kenyataan Facebooknya, hari ini.

Menurut Muhyiddin, SD tersebut diterima oleh beliau daripada Larry dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

Kedua-dua akuan bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada beliau selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun Kerajaan PN di Putrajaya.

Sementara itu, Larry memberitahu keputusan beliau untuk meletakkan jawatan itu dibuat selepas berunding dengan ahli yang lain sejak beberapa hari yang lalu.

Suara Sarawak