ARTIKEL

Lat bantu promosi perpaduan pelbagai kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA KANGSAR: Seniman Diraja Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat akan terus membantu mempromosikan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum negara ini terutama di negeri kelahirannya, Perak melalui karya yang dipamerkan di Galeri Rumah Lat, Batu Gajah.

Lat yang ditemui selepas dikurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja di Istana Iskandariah di sini semalam berkata beliau berbangga dapat meneruskan idea membuka galeri berkenaan demi mempamerkan karyanya yang memaparkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

“Perak salah satu tempat yang kita boleh cuba jadikan tarikan pengunjung. Jadi saya mempamerkan lukisan komik saya (di Galeri Rumah Lat) saya syukur kerana sambutan sangat baik. Jadi memang itu saya bangga dapat berbakti untuk Perak sebab saya berasal dari sini, juga sebenarnya berbakti untuk negara,” katanya.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67 semalam.

Pada 8 Julai lepas, ketika berangkat merasmikan Galeri Rumah Lat, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Lat gelaran Seniman Diraja bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar oleh seniman agung itu dalam memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Sementara itu Lat berkata kurniaan gelaran Seniman Diraja itu adalah simbol rapatnya hubungan istana dengan kegiatan kesenian rakyat negara ini sekali gus menghargai insan seni sepertinya.

“Bukan hanya melalui komik, semua cabang seni seperti muzik, filem dan lakonan pentas juga banyak yang memaparkan kepelbagaian budaya, jadi semua ini juga mendapat penghargaan istana, kita amat hargai,” katanya.

Dalam pada itu Lat mengajak pengunjung yang ke Galeri Rumah Lat agar berkunjung ke galeri berkenaan dan setakat ini masuk ke sana masih percuma.

Katanya kemasukan ke galeri tersebut masih belum dikenakan bayaran kemungkinan sehingga hujung tahun ini.

“Saya ingat sampai hujung tahun masih percuma, jika dikenakan pun saya percaya ia (tiket) tidaklah mahal,” katanya.

Galeri Rumah Lat di Silverlake Batu Gajah dibuka secara rasmi pada 8 Julai lepas kepada pengunjung secara percuma setakat ini. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan