ARTIKEL

Latihan 12 tahun kunci kejayaan akrobatik Sha Ma Laqian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Sha Ma Laqian, seorang pemuda berusia 19 tahun daripada etnik Yi, mempamerkan kemahiran akrobatik yang luar biasa dengan melakukan aksi di atas kerusi setinggi 10 meter hasil latihan intensif selama 12 tahun.

Anggota Kumpulan Akrobatik Sichuan Suining itu menyatakan bahawa beliau mula mempelajari seni tersebut sejak berusia tujuh tahun dan memerlukan masa sehingga sembilan tahun untuk mencapai tahap kemahiran semasa.

Beliau mengakui bahawa kecederaan merupakan perkara biasa dalam bidang akrobatik, namun sokongan serta tepukan penonton menjadi pembakar semangat untuk terus mempersembahkan seni warisan China itu kepada masyarakat antarabangsa.

Menurut Bernama, dalam persembahan Legend of Chinese Charm di Beijing baru-baru ini, Laqian yang mengenakan kostum gaya Shusheng turut berkongsi bahawa rekod ketinggian aksi tertingginya setakat ini adalah mencecah 14 meter.

Pertunjukan yang melibatkan lebih 60 penghibur itu menggabungkan elemen akrobatik tradisional dengan teknologi pentas moden bagi memukau penonton melalui pelbagai aksi seperti mengimbang mangkuk dan pertunjukan motosikal terbang.

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum