Trending

Latihan di ABM beri tonik tambahan buat Ee Yi-Yew Sin sebelum ke Hangzhou

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin | BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peluang menjalani kem latihat pusat bersama pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini nyata memberi tonik tambahan buat beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022. 

Yew Sin berkata peluang yang diberikan itu mampu meningkatkan keyakinan mereka kerana dapat berlatih bersama pasangan nombor lima dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik sebagai rakan ‘sparring’ untuk membuat persiapan terbaik sebelum bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Katanya suasana di pusat latihan itu juga mampu menyuntik semangat beliau dan pasangannya memandangkan venue tersebut bukan asing buat mereka yang sebelum ini pernah menjadi pemain di bawah naungan BAM. 

“Saya rasa teruja untuk berlatih di sini sebab ini tempat saya berlatih dari remaja sampai sekarang, teruja jumpa kawan-kawan yang lain dan berlatih semula dengan pemain BAM.

“Hari ini baru hari pertama, semuanya lancar dan saya harap seminggu ini kita dapat persiapkan diri dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di ABM hari ini.

Pasangan itu yang kini menduduki ranking kesembilan dunia, sebelum ini pernah beberapa kali menjalani latihan mingguan di ABM sejak “dilepaskan” BAM pada awal Januari 2020. 

Selain Ee Yi-Yew Sin, kem latihan hari ini turut disertai beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, perseorangan wanita Goh Jin Wei dan perseorangan lelaki Cheam Jun Wei.

Sementara itu, mengenai peraturan pemakaian yang tidak boleh digunakan pemain profesional semasa latihan, Yew Sin berkata segala permasalahan sudah diselesaikan apabila BAM memberi baju latihan tanpa logo untuk menjalani latihan di ABM.

Beliau berkata keputusan itu merupakan langkah yang baik kerana setiap atlet sememangnya mempunyai kontrak masing-masing bersama penaja.

Sebelum ini, timbul isu berhubung peraturan pemain profesional tidak boleh memakai pakaian selain jenama daripada penaja BAM bagi menjalani latihan di ABM apabila jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng,  mendakwa seperti dibuli ‘orang besar’ dengan peraturan yang dikenakan itu. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru