Trending

Latihan di rumah kekal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SKUAD Kuching FA bawah 21 tahun masih menjalani latihan individu seperti biasa dari rumah masing-masing meskipun telah masuk fasa kelima tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Penolong Ketua Jurulatih Kuching FA U21, Firdaus Morshidi berkata, latihan selama satu jam sehari itu bagi mengekalkan kecergasan fizikal pemain meskipun dalam bulan Ramadan sesi latihan harus diteruskan cuma berbeza masa sahaja.

Untuk menilai prestasi pemain setakat ini agak sukar kerana kita tidak berlatih bersama tetapi kita ada membuat pemantauan latihan individu melalui video yang dihantar oleh pemain.

“Apa yang penting sekarang ini adalah kesihatan pemain selain mengekalkan kecergasan fizikal,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, mereka ada meminjamkan bola kepada setiap pemain untuk berlatih di rumah masing-masing.

Bagi sesi latihan sepanjang bulan Ramadan pula, jadual latihan sedikit berubah kepada sesi latihan pada waktu petang atau malam.

Sementara itu, Firdaus menyatakan bahawa pasukannya menerima sebarang keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia sama ada menangguhkan atau membatalkan Liga Piala Presiden.

“Kita terpaksa akur dengan sebarang keputusan MFL dan FAM serta faham akan situasi sekarang yang masih bimbangkan penularan wabak Covid 19,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru