ARTIKEL

Chong (duduk tengah) bergambar bersama kakitangan Pejabat NIOSH Bintulu, hari ini.

Latihan keselamatan dan kesihatan dipertingkatkan, sedia persekitaran lebih selamat buat pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kadar kematian di tempat kerja di Malaysia lebih tinggi berbanding Singapura dan Jepun.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Chong Chieng Jen, berkata statistik kecederaan pekerjaan di seluruh dunia menunjukkan cabaran berterusan dalam keselamatan di tempat kerja.

“Di Malaysia, menurut Jabatan Perangkaan, kadar kecederaan maut pada 2022 adalah lebih tinggi, iaitu pada nisbah 2.06 bagi setiap 100,000 pekerja, berbanding 2.00 pada 2021.

“Jika dibandingkan dengan negara seperti Singapura, kadar kecederaan maut di tempat kerja berada pada nisbah 1.3 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2022, manakala Jepun pada tahun sama ialah 1.42,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, jumlah kecederaan pekerja juga meningkat sebanyak 58.9 peratus kepada 34,216 kes di Malaysia pada 2022.

Oleh itu, katanya, NIOSH akan berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat buat pekerja.

Ahli Parlimen Stampin itu terdahulu melawat pejabat NIOSH Bintulu bersama-sama dengan Pengurus NIOSH Wilayah Sarawak, Normiza Suhaili.

Menurutnya, Pejabat Bintulu ialah pejabat wilayah NIOSH yang paling penting di Sarawak memandangkan Bintulu adalah wilayah perindustrian Sarawak yang berkembang pesat.

“Sehubungan itu, ia adalah keperluan industri untuk menganjurkan lebih banyak latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Menjadi tanggungjawab NIOSH menyediakan latihan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), perkhidmatan perundingan dan penyebaran maklumat mengenai OSH untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan majikan dan pekerja tentang keperluan bagi OSH.

“Apabila negara maju, persekitaran kerja pekerja dan hak mereka juga mesti bertambah baik,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU