ARTIKEL

Lawatan pertama selepas 12 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENTERI Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud tiba di Damsyik petang Selasa, iaitu lawatan pertama Arab Saudi ke Syria dalam tempoh 12 tahun, lapor Xinhua memetik agensi berita kerajaan SANA.

Lawatan itu dibuat beberapa hari selepas Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad melawat Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Semasa lawatan Mekdad ke Arab Saudi, perjanjian untuk memulihkan perkhidmatan konsulat dan menyambung semula penerbangan udara antara kedua-dua negara dimeterai.

Hal ini berlaku di tengah-tengah usaha Arab untuk memulihkan hubungan dengan Damsyik.- Bernama

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU