Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lawatan PM ke Singapura disertai Premier Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari bersalaman dengan Anwar ketika lawatan ke Singapura
Abang Johari bersalaman dengan Anwar ketika lawatan ke Singapura

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyertai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan akhbar semalam berkata, perdana menteri melawat republik itu atas jemputan Perdana Menteri Lee.

Dalam lawatan tersebut, perdana menteri mempengerusikan mesyuarat pramajlis dengan pegawai Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk membincangkan perkara dua hala yang akan dibangkitkan semasa kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pagi ini.

Abang Johari turut hadir pada mesyuarat tersebut untuk memberi taklimat kepada perdana menteri mengenai perkara berkaitan kerjasama ekonomi antara Sarawak dan Singapura, khususnya berkaitan eksport tenaga boleh diperbaharui dan perdagangan karbon.

Dalam lawatan yang sama, Premier Sarawak turut menyertai Anwar melawat Presiden Singapura Halimah Yacob.

Seterusnya, Abang Johari juga akan menjadi antara pemimpin Malaysia dijadualkan untuk bertemu diaspora Malaysia di republik itu pada jamuan minum petang yang dianjurkan oleh Perdana Menteri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Delegasi Perdana Menteri yang lain termasuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Luar Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan pegawai dari kementerian dan agensi berkaitan.

Untuk rekod, Premier Sarawak terbang ke Singapura pada petang semalam dari Bintulu menyertai Anwar dalam lawatan rasmi pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 baru-baru ini.

Beliau akan terbang pulang ke Sarawak lewat petang hari ini dan singgah di Bintulu untuk menghadiri makan malam ulang tahun ke-10 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai tetamu kehormat.

Mesyuarat diadakan bersama-sama perdana menteri dan lain-lain

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru