ARTIKEL

Lawatan rasmi hari keempat Pemangku Raja Pahang di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Stesen Pelbagai Bahan Api Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana di sini pagi tadi.

Ketibaan Baginda pada jam 11.05 pagi itu diiringi oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr. Hazland Abang Hipni bersama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Robert Hardin serta tetamu kehormat yang lain.

Dalam majlis sama, Robert telah menyampaikan sembah taklimat kepada Baginda berkaitan operasi kerjasama SEDC dan PETROS dalam usaha mempraktikkan penggunaan tenaga berasaskan hidrogen.

Setelah berkenan melawat sekitar PETROS serta beramah mesra bersama kakitangan dan masyarakat sekitar, Tengku Hassanal berkenan melakukan sesi pertukaran cendera kenangan bersama Robert.

Terdahulu, Baginda berkenan untuk mencemar duli melawat menara SEDC di mana Baginda telah diperdengarkan sembah taklimat daripada Pengurus Besar SEDC Sarawak Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Seterusnya, Baginda bersama rombongan berkenan mencemar duli melakukan lawatan kerja ke ‘Algae Nursery Site Resintech SEDC’ bertempat di Taman Perindustrian Demak Laut. 

Semasa lawatan itu, Baginda diberi taklimat mengenai teknologi pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada alga, terbukti menjana tenaga baharu sambil memanfaatkan alam sekitar daripada Ketua Pegawai Eksekutif (Pusat Teknologi Termaju) Penyampaian Projek dan Pengkomersialan Teknologi, PETRONAS, Adam Nasir Nawi.

Tengku Hassanal melakukan lawatan kerjanya di Kuching selama lima hari bermula 15 hingga 19 Januari ini.

LAIN-LAIN BERITA

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU