Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Lazada 5.5 tawar ribuan promosi menarik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Mei ini bakal menawarkan ribuan promosi menarik dan penjimatan hebat bagi membantu masyarakat mendapatkan produk berkualiti dan unik dengan harga berbaloi sebagai hadiah Hari Ibu dan Hari Guru.

Lazada dalam kenyataan memaklumkan, bersempena dengan sambutan yang bakal tiba itu, pelbagai promosi produk seperti jam tangan pintar, wangian, kerusi urut, pakaian, aksesori fesyen, bunga segar, makanan dan minuman, rawatan spa, peralatan dapur, tiket pelancongan dan banyak lagi yang boleh dijadikan sebagai hadiah ditawarkan.

“Sebelum Jualan 5.5 bermula secara rasmi pada 5 hingga 9 Mei, para pelanggan digalakkan ‘add to cart’ (tambah ke troli) produk idaman dan barang keperluan yang ingin dibeli pada 1 hingga 4 Mei 2023,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, menerusi LazMall Brand Mega Offer (BMO) pelanggan Lazada juga boleh menikmati diskaun hebat hingga 50 peratus dari 1 hingga 5 Mei dan baucar seluruh kedai bagi jenama terkemuka antaranya MAC, Timberland, Getha, Samsonite, Philips, Blackmores, Logitech dan banyak lagi.

Baca lain  DJI perkenal dron baharu

“Sepanjang kempen tersebut, para pelanggan juga boleh merebut promosi istimewa bagi kategori berbeza, antaranya kelengkapan rumah (6 Mei), elektronik (7 Mei), fesyen (8 Mei), dan barangan runcit (9 Mei),” menurut kenyataan itu.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa Jualan 5.5, LazFlash bakal membawakan diskaun dengan potongan hingga 90 peratus malah boleh menikmati penjimatan pelbagai jenama antarabangsa menerusi pulangan tunai (everyday cashback) dan penghantaran percuma (free shipping).

“Sepanjang 1 hingga 9 Mei 2023, kumpul LazBonus setiap hari dan nikmati potongan RM9 bagi setiap pembelian bernilai RM90.

Di samping itu, untuk menggandakan penjimatan, pilih produk yang mempunyai tanda atau lencana Everyday Cashback untuk mendapatkan pulangan tunai 50 peratus yang boleh digunakan untuk pembelian akan datang bagi produk yang lebih kurang sama,” katanya. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru