ARTIKEL

Lazada tawar penghantaran percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang Lazada Malaysia (Lazada) menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 hingga 48 jam serta baucar penghantaran percuma harian untuk barangan keperluan berikutan jangkaan kenaikan permintaan terhadap barangan runcit dalam talian sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Ketua Pegawai Logistiknya, Olivier Petra dalam kenyataannya berkata dalam tempoh genting ini, Lazada memenuhi keperluan penghantaran barangan keperluan seperti hasil segar, pelitup muka, pensanitasi tangan, barangan rumah, bekalan bayi dan haiwan peliharaan.

“Rakyat Malaysia yang berada di rumah akan merasa tenang kerana mengetahui kami akan memastikan barang keperluan mereka dihantar dengan cepat dan tepat pada masanya.

“Kami menggesa masyarakat tempatan untuk menggunakan baucar penghantaran harian percuma yang ditawarkan untuk membeli-belah dengan selamat dari rumah dan membantu membendung penularan Covid-19.

Kami juga mengendalikan penghantaran tanpa sentuhan demi keselamatan dan ketenangan fikiran semua pelanggan dan kakitangan kami,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU