HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lebih 1.2 juta pengundi tentukan kerajaan baharu Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Perhatian akan tertumpu kepada Bumi Kenyalang untuk melihat gabungan parti politik mana yang bakal menerajui Kerajaan Negeri bagi tempoh lima tahun akan datang selepas persaingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 berakhir dengan pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini.

Fokus akan beralih kepada sejumlah 1,951 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 3,666 saluran di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sebaik sahaja tempoh kempen berakhir pada 11.59 malam tadi. Pengundi di Sarawak bakal menjadi penentu nasib 349 calon yang bertanding.

Daripada 1,252,014 pemilih berdaftar bagi PRN-12, sebanyak 1,213,769 pengundi biasa dijangka keluar mengundi hari ini.

Manakala 89 peratus atau 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Disember dan 17,885 lagi mengundi melalui pos.

Bergantung kepada jumlah pengundi, beberapa PDM seperti Tadika Kemas Kampung Soh di bawah Dun Muara Tuang yang hanya mempunyai 97 pengundi akan ditutup seawal 12 tengah hari.

Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh menjelang 12 tengah malam.

Bagi proses pengundian, SPR telah menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan kesihatan rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19 di samping menangani tuntutan demokrasi.

Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah penjarakkan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan, menyaring suhu badan dan mengimbas kod respons pantas (QR) aplikasi mudah alih MySejahtera sebelum memasuki pusat mengundi.

Pengundi juga dinasihat menyemak maklumat pengundian masing-masing melalui aplikasi mySPR Semak atau portal SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ sebelum keluar mengundi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru