Trending

Lebih 100 murid-murid SK Semerah Padi terima sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sekolah Kebangsaan Semerah Padi meneruskan aktiviti tahunan dengan memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada seramai lebih 100 murid-murid sekolah terbabit, semalam.

Sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur atas Inisiatif warga sekolah sendiri merupakan antara pengisian program Fastabiqul Khairat bagi memeriahkan sambutan bulan ramadan dan hari raya setiap tahun.

Selain itu, pelbagai pengisian turut dilaksanakan termasuk program bertadarus, khatam Al-Quran, kuiz berkaitan Ramadan, iftar jamaie, agihan bubur lambuk dan bubur pedas serta mengedarkan sumbangan kepada beberapa sekolah berhampiran.

Program yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam ini telah mendapat sambutan dan sokongan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) luar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Jefri Said berharap agar program sedemikian akan diteruskan pada setiap kali bulan ramadan terutamanya melibatkan pemberian sumbangan kepada murid-murid.

“Kita tahu bahawa murid-murid kita terdiri daripada pelbagai kategori. Kebanyakan ibu bapa mereka dalam kumpulan B40. Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak akan menggembirakan mereka pada ramadan dan syawal ini.

“Selain itu, program agihan bubur lambuk dan bubur pedas juga amat mendapat sambutan terutamanya daripada ibu bapa dan NGO luar. Saya berharap kerjasama ini akan berterusan,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru