ARTIKEL

Lebih 100 tahun main piano

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIS: Colette Maze bermain piano selama lebih daripada satu abad dan masih menarik ribuan peminat di media sosial.

Maze mula bermain pada usia lima tahun dan memenangi tempat di Ecole Normale de Musique de Paris dengan guru termasuk Alfred Cortot yang terkenal.

Dilahirkan pada Jun 1914, sebelum meletusnya Perang Dunia I dan ketika salah seorang komposer kegemarannya, Claude Debussy, masih hidup, pemain piano Perancis itu berlatih selama empat jam sehari dan kini mengeluarkan album ketujuhnya, 108 Years of Piano.

Dari apartmennya yang menghadap sungai Seine di Paris, Maze bergerak berhati-hati di antara tiga piano di ruang tamunya, tetapi mengekalkan semangat muda.

“Saya? Saya masih muda,” katanya sambil tersenyum.

“Umur bukanlah sesuatu yang saya minati.

Ada orang yang sentiasa muda, kagum dengan segala-galanya dan kemudian ada orang yang tidak mengambil berat dan tidak pernah menyukai apa-apa,” tambahnya.

Maze merupakan seorang guru piano sepanjang hayatnya dan hanya selepas berusia 100 tahun dia mula membina pangkalan peminat yang ketara melalui Facebooknya.

Ramai yang kagum melihat kesihatannya yang baik dan keengganan untuk meninggalkan keseronokan tradisional Perancis iaitu wain, keju dan coklat.

“Dia memberi kekuatan kepada orang ramai, itu sebabnya dia mempunyai kejayaan yang luar biasa,” menurut anaknya, Fabrice Maze, dengan bangga mengatakan ibunya adalah salah seorang daripada segelintir orang yang berumur lebih 100 tahun masih mengeluarkan album.

Maze masih ingat bunyi Big Bertha, meriam besar yang digunakan oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia I, tetapi kebanyakan ingatannya berkisar pada alat muziknya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU