ARTIKEL

Lebih 1,000 bubur lambuk diagihkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sekurang-kurangnya 1,100 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat setempat sempena Jerayawara Bubur Lambuk yang diadakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau.

Simbolik pengagihan bubur lambuk itu disempurnakan oleh Pengetua SMK Tatau Dr Layang Ugek kepada masyarakat berbilang kaum di daerah ini, termasuk pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah.

Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kakus, Mohammas Rizal Julaihi berkata sumbangan bubur lambuk itu merupakan salah satu pendekatan SABERKAS untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa, pelajar dengan kakitangan sekolah terutamanya golongan belia.

“Ia merupakan program tahunan yang mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan,” katanya.

Program pengagihan bubur lambuk termasuk bubur pedas bermula pada 4.45 petang itu merupakan anjuran SABERKAS Cawangan Kakus, SMK Tatau dan Lembaga Amanah Khairat Islam Tatau.

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen