ARTIKEL

Lebih 1,000 dos suntikan vaksin COVID-19 vaccine terbuang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TOKYO: lebih 1,000 dos suntikan vaksin coronavirus terbuang begitu sahaja di Jepun apabila kawalan suhu berubah kerana kerosakan pada peti simpanan sejukbeku, ungkap kementerian kesihatan Jepun pada isnin. Ini merupakan kes pertama seumpamanya berlaku di negara itu.

Jepun menjadi negara terakhir dalam kumpulan G7 negara industri dunia, yang mula melaksanakan program vaksinasi menentang covid-19 pada 17 Februari.

Japan Today melaporkan, setakat ini Kerajaan Jepun telah menerima tiga penghantaran vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer Inc and BioNTech, berjumlah sekitar 1.4 juta dos.

Vaksin Pfizer Inc and BioNTech mesti disimpan pada suhu sekitar negatif 75 darjah Celsius bagi menjamin jangkahayatnya.

Sebuah Institusi perubatan telah melaporkan kerosakan pada peti simpanan sejukbeku berlaku pada hujung minggu, menyebabkan 172 buli-buli vaksin atau 1,032 dos suntikan tidak lagi dapat digunakan, ujar jurucakap kementerian.

Pihak kementerian bagaimanapun enggan menamakan institusi perubatan terbabit mahupun pembekal peti sejukbeku yang terkait. Namun menjelaskan bahawa syarikat pembuat peti sejuk itu akan segera melakukan siasatan penyebab berlakunya kerosakan tersebut. -dipetik dari Japan Today.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian