Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Lebih 1,000 sertai majlis doa akhir, awal tahun Hijrah di Sebuyau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SEBUYAU: Sempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444 Hijrah, lebih 1,000 umat Islam menyertai majlis bacaan doa akhir tahun 1443 Hijrah peringkat Sarawak bertempat di Masjid Baharu Sebuyau, malam tadi.

Majlis yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’, bermula dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Mustafa Kamal kemudiannya mengimamkan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, selain memimpin bacaan surah Yasin bersama-sama dengan jemaah.

Selain itu, itu majlis turut diselitkan dengan takzirah yang disampaikan dengan kupasan menarik oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan Inovasi) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Sarip Adul.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak; Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi II Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.

Awal Muharam yang juga sinonim dengan panggilan Maal Hijrah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah demi memenuhi perintah Allah SWT.

Baca lain  STB digitalkan industri pelancongan

Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I (Pembangunan Infrastruktur), Ir. Aidel Lariwoo; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni; Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Adun Simunjan Awla Dris dan ramai lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian

PAGI MENCURIGAKAN

PAGI MENCURIGAKAN Pagi ini begitu mencurigakan  datang membawa mendung bersama