Lebih 1,000 sertai Majlis Perhimpunan Marhaban Perdana 2020

KOTA SAMARAHAN: Lebih 1000 orang daripada 120 kumpulan dari seluruh Bahagian Samarahan menyertai Majlis Perhimpunan Marhaban Perdana 2020 & Kenduri Rakyat bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Suarah Samarahan dianjurkan oleh Persatuan Berzanzi Negeri Sarawak (PBNS).

Objektif utamanya adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada penggiat-penggiat zikir dari seluruh pelusuk Bahagian Samarahan untuk bersua, berkenalan dan sebagainya.

Ia juga bertujuan untuk memperbaharui hubungan yang mungkin terputus ekoran daripada kesibukan urusan masing-masing.

Simbolik pukulan beduk untuk memulakan majlis disempurnakan Abang Johari, sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan alunan zikir daripada peserta yang terlibat.

Bagi Majlis Kenduri Rakyat, ia lebih bersifat terbuka dan juga memberi peluang kepada rakyat untuk menjamu selera, bertemu dan sebagainya dengan Abang Johari.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang, Adun Sadong Jaya Aidil Lariwoo, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu serta wakil yang lain.