ARTIKEL

Lebih 100,000 sertai Operasi Ketupat Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 148,211 anggota polis, tentera, kementerian serta agensi dan kerajaan tempatan ditugaskan untuk melaksanakan Operasi Ketupat Aidilfitri 1444 Hijrah 2023, menurut Polis Negara.

Lapor agensi berita Antara, operasi itu bertujuan memastikan keselamatan aktiviti pulang kampung warga Indonesia semasa Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 22 April 2023.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Sandi Nugroho berkata, anggota petugas tersebut terdiri daripada 1,240 anggota dari Ibu Pejabat Polis Negara, 91,153 anggota polis wilayah (Polda), serta 55,818 kakitangan daripada agensi berkaitan.

“Kita laksanakan bersama-sama, justeru operasi ini dapat berjalan dengan selamat, lancar dan teratur, mengikut slogan (operasi), ‘Pulang Selamat dan Diingati,’” kata beliau.

Menurut unjuran kerajaan, kira-kira 123.8 juta orang bakal melakukan perjalanan pulang tahun ini berbanding kira-kira 85.5 juta orang pada 2022, katanya.

Potensi peningkatan jumlah orang pulang kampung pada 2023 mungkin didorong oleh pembatalan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM), penurunan jumlah kes Covid-19, pelaksanaan cuti bersama-sama, serta persepsi masyarakat yang positif dan peningkatan keadaan ekonomi, tambahnya.

“Alhamdulillah, ekonomi kita sudah dapat dipulihkan dan masyarakat dapat menziarahi sanak saudara di kampung halaman,” ujarnya.

Kata beliau lagi, pihak polis turut membuka sejumlah pos keselamatan dan perkhidmatan bagi menyokong pelaksanaan operasi itu.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah