ARTIKEL

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75,758 kontraktor telah diberikan pengiktirafan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

“Ini menunjukkan penglibatan bumiputera begitu besar, dan saya percaya isu-isu ekonomi bumiputera termasuk kontraktor ini akan dibangkitkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan bersidang pada minggu depan bermula 29 Februari hingga 2 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama ahli Persatuan Kontraktror Bumiputera Malaysia (PKBM) Perlis di sini semalam.

Ewon berkata, kementeriannya bersedia mengangkat dan melaksanakan resolusi kongres itu nanti yang akan dibincangkan dalam Jemaah Menteri, selain menyatakan komitmennya untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, termasuk kontraktor bumiputera.

Sementara itu, beliau berkata sumbangan RM50,000 di bawah peruntukan khasnya sebagai menteri diberikan kepada PKBM Perlis untuk melaksanakan aktiviti persatuan, antaranya membiayai yuran kursus CIDB dan aktiviti lain bertujuan membantu kapasiti ahlinya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bantu PKS dalam perniagaan halal

KUALA LUMPUR: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) memperkenalkan penyelesaian perbankan Islam bersepadu, BizHalal, yang bertujuan membantu perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menceburi ekonomi

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36