ARTIKEL

Lebih 150 pelajar FAME tamat pengajian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 150 graduan berjaya menerima skrol pada majlis graduasi ke-19 Kolej Antarabangsa FAME, hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan penyampaian pencapaian cemerlang termasuk sijil serta program diploma dan ijazah.

Sehubungan itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng memuji program pendidikan berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh FAME berjaya melahirkan graduan yang bersedia mengharungi alam pekerjaan.

Wee mewakil Timbalan Premier Datuk Seri Profesor Dr Sim Kui Hian menyerahkan skrol kepada salah seorang graduan FAME

“Walaupun sekarang bergelar graduan, saya nasihatkan supaya terus belajar dan sentiasa mengemaskini diri dengan ilmu yang ada.

“Ini kerana pendidikan tidak pernah ada penghujungnya. Dilengkapi dengan ilmu pengetahuan pastinya akan membantu masa depan anda dan negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, semalam.

Sementara, ketua pegawai eksekutif (CEO) FAME David Chew Tian Hui berkongsi bahawa walaupun terdapat pandemik, graduan di sini telah mengambil kelas mereka di bawah norma baharu.

“Ekoran penularan wabak ini, kita semua mesti fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran yang berubah-ubah,” katanya.

Tambah beliau, visi FAME adalah untuk menjadi penyedia pendidikan bertaraf dunia yang mengubah individu dengan memupuk dan menyemai kebijaksanaan dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan graduan.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU