ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar dan Azlina merakam kenangan bersama-sama para pemenang.

Lebih 150 Peserta Meriahkan Kejohanan Pickleball Pekat 2026 Di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyertaan lebih 150 peserta daripada 28 pasukan dalam Kejohanan Pickleball Pekat 2026 membuktikan sukan berkenaan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pelbagai usia dan kaum di Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, sambutan menggalakkan kejohanan itu turut menunjukkan potensi sukan bola pikel sebagai medium untuk mencungkil bakat, menggalakkan gaya hidup aktif dan pada masa yang sama mengeratkan perpaduan masyarakat.

“Ini semangat yang kita galakkan. Selain menjalankan perniagaan, pihak swasta juga melaksanakan sumbangan sosial dengan menganjurkan aktiviti seperti ini untuk membantu membina dan mencungkil bakat dalam sukan bola pikel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Kejohanan Pickleball Pekat 2026 anjuran Pekat Group Berhad bersama dengan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutunya di Pikabol Malaysia, Jalan Pending, di sini, semalam.

Menurutnya, bola pikel tidak hanya disertai golongan muda, malah semakin mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan usia, wanita serta masyarakat berbilang kaum.

Beliau berharap lebih banyak kejohanan seumpama ini dapat dianjurkan pihak swasta pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Pengarah Pekat Energy Sarawak, Azlina Zulkipli berkata, kejohanan edisi pertama ini menerima sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan lebih 150 peserta.

Menurut Azlina, antara agensi dan organisasi yang menyertai kejohanan tersebut ialah Sarawak Energy, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) serta Sebati, selain beberapa agensi dan pihak berkepentingan lain.

Katanya, kejohanan itu mempertandingkan tiga kategori iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

“Antara objektif utama penganjuran ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan dalam kalangan peminat bola pikel serta pihak berkepentingan Pekat,” katanya.

BERITA LAIN

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School