ARTIKEL

Hazland; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah bersama-sama tetamu kehormat yang lain ketika pada program Sarawak Kita Empun (SKE) 2.0 di Auditorium Wisma Sabati.

Lebih 160 kakitangan JAS dipindahkan ke NREB pada Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 160 orang kakitangan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) bakal dipindahkan ke Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada bulan Ogos ini, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, perpindahan ini susulan kejayaan Kerajaan Negeri mendapatkan semula kuasa penuh melibatkan urusan alam sekitar di negeri ini.

“JAS yang merupakan jabatan di peringkat Kerajaan Persekutuan kini diserap ke dalam NREB (peringkat negeri) setelah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas.

“Maka, tiada lagi JAS di Sarawak dan ini merupakan kejayaan daripada rundingan bersama-sama Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sarawak Kita Empun (SKE) 2.0 di Auditorium Wisma Sabati di sini, hari ini.

Sementara, NREB berada di bawah Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, mengawal semua aktiviti berkaitan alam sekitar manakala JAS merupakan jabatan di peringkat Kerajaan Pusat.

Pada 1 Feb lalu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh mendedahkan tuntutan Sarawak terhadap pemindahan autonomi alam sekitar akan dilaksanakan pada 1 Jan 2025.

Baca lain  Selamat tinggal kesesakan lalu lintas, pembinaan empat lorong di Samarahan

“NREB diberi kepercayaan untuk mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa terjadual di Sarawak di bawah perpindahan autonomi MA63 mengenai alam sekitar dari JAS menjelang 1 Januari 2025,” katanya.

Mengulas lanjut, Len mendedahkan bahawa usaha terhadap kerjasama berkenaan sedang diadakan dalam memastikan perpindahan kuasa berjalan lancar mengikut tempoh ditetapkan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

BERITA TERBARU