Lebih 1,600 sampel ujian COVID-19 diambil dari 22 fasiliti kesihatan di Sarawak

KUCHING: Sebanyak 1,615  sampel dalam kalangan kes Influenza-Like Illness (ILI) telah diambil untuk ujian COVID-19 dari 22 fasiliti kesihatan di Sarawak bermula April hingga semalam.

“Daripada jumlah tersebut, satu sampel positif telah dikesan di Sibu pada April lepas, 1,571 sampel negatif dan 43 sampel masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Selain itu, 91 sampel dari lima buah klinik kesihatan telah diambil untuk ujian COVID-19 (RT-PCR) dan kesemua keputusan adalah negatif,” menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini.

Menurut JPBN, pengambilan sampel secara rawak turut dilakukan di pintu masuk utama Sarawak, 148 di tapak pembinaan, 23 ladang, beberapa nelayan di bahagian Betong dan empat taska.

Sarawak hari ini tidak mencatatkan kes positif COVID-19 dan jumlah jangkitan kekal sebanyak 678 manakala kematian akibat virus itu kekal 19 kes.

— BERNAMA

Suara Sarawak