NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Lebih 170 juta jangkitan seluruh dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Berikut maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara setakat 10 pagi hari ini.

Di seluruh dunia, terdapat 170,812,850 kes COVID-19 termasuk 3,557,586 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Mei.

Sebanyak 1,581,509,628 dos vaksin diberikan di seluruh dunia sehingga 1 Jun.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) menunjukkan penurunan dalam kes baharu. India turut menyaksikan penurunan jumlah kes baharu harian.

Pada 2 Jun, buat pertama kali UK mencatatkan sifar kematian. – BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru