ANKARA: Lebih 2.12 bilion vaksin sudah diberikan di seluruh dunia, lapor Anadolu Agency (AA) yang memetik angka diterbitkan Our World in Data semalam.
Berdasarkan laman web berkenaan, China mendahului dengan merekodkan lebih 763.07 juta suntikan, disusuli Amerika Syarikat (AS) dengan 300.27 juta.
India pula sudah memberikan 225.57 juta suntikan vaksin, manakala Brazil dengan 71.43 juta, disusuli United Kingdom (UK) (67.28 juta), Jerman (54.24 juta), Perancis (39.57 juta), Itali (39.57 juta), Mexico (34.46 juta) dan Russia (30.61 juta).
Turki pula berada di kedudukan ke-11 apabila sudah memberikan lebih 30.58 juta dos suntikan vaksin, diikuti Sepanyol, Indonesia dan Kanada.
Di negara pulau Afrika Timur, Seychelles merekodkan 136.74 dos suntikan vaksin bagi setiap 100 orang.
Kebanyakan vaksin COVID-19 diberikan dua dos, maka jumlah suntikan tidak sama dengan angka individu yang selesai vaksinasi sepenuhnya.
Sejak Disember 2019, wabak pandemik COVID-19 sudah mengorbankan lebih 3.72 juta nyawa di 192 negara.
Lebih 173.05 kes positif wabak pandemik itu dilaporkan seluruh dunia, menurut data Universiti John Hopkins, AS.
AS, India dan Brazil kekal negara paling teruk terjejas dari segi jumlah jangkitan dan kematian. – BERNAMA