ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita. - Foto: Ramidi Subari

Lebih 200 sekolah daif di Sarawak perlu dibina semula pada kadar segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat lebih 200 sekolah daif di Sarawak yang perlu dibina semula pada kadar segera, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Susulan itu, beliau akan mengumumkan peruntukan untuk sektor pendidikan berhubung perkara itu tidak lama lagi memandangkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah diberi kuasa untuk meluluskan projek yang dibiayai secara langsung oleh Kerajaan Sarawak.

“Saya akan umumkan peruntukan itu malam ini (Sabtu) kerana Perdana Menteri akan bersama-sama kita.

“Peruntukan yang diumumkan adalah berdasarkan persetujuan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk melaksanakan projek di sekolah daif berkenaan.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan JPN untuk menangani isu sekolah daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen CIDB di sini, hari ini.

“Kita juga sedar bahawa kita masih menghadapi masalah kekurangan guru di negeri ini dan saya percaya masalah ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi,” ringkasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari menjelaskan penggunaan dana projek transformasi luar bandar (RTP) juga boleh digunakan untuk membaiki apa yang diperlukan, tetapi bukan bagi tujuan membina semula sekolah.

“Dana RM5 juta RTP yang diperuntukkan setiap tahun adalah untuk wakil rakyat membantu menaik taraf atau membaiki keadaan yang dihadapi pihak sekolah, seperti menggantikan bumbung bocor atau sebagainya.

“Oleh itu, jika sekolah memerlukan wang untuk membaiki atau menaik taraf apa-apa di sekolah, jangan teragak-agak untuk mendekati wakil rakyat bagi mendapatkan dana berkenaan,” katanya.

Diminta mengulas tentang gesaan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuching, Dominique Ng, agar Jabatan Pelajaran Sarawak memberi akses pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan Sarawak, Abang Johari berkata perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh kerana beliau tidak mempunyai butiran yang mencukupi tentang hal tersebut buat masa ini.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari