ARTIKEL

Lebih 2,000 muslimah hadir Program Khas Muslimah disampaikan Ustaz Abdul Somad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lebih 2,000 muslimah penuhi Dewan Kompleks Islam Sarawak bagi menyaksikan penyampaian ilmu oleh pendakwah dari Nusantara, Profesor Dr Ustaz Abdul Somad, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat Program Kembara Cinta Rasul Datuk Seri Fadillah Yusof turut hadir menyambut kehadiran Ustaz Abdul Somad sempena Program Khas Muslimah ‘Jalan Muslimah Menuju ke Syurga’.

Ustaz Abdul Somad ketika menyampaikan ceramah ilmu kepada para muslimah yang menghadiri Program Khas Muslimah ‘Jalan Muslimah Menuju ke Syurga’ di Dewan Kompleks Islam Sarawak sempena Program Kembara Cinta Rasul.

Sementara, kawasan sekitar Jalan P. Ramlee ini mula sesak sekitar jam 7 pagi menunjukkan keterujaan para hadirin menantikan bermulanya program pada jam 11 pagi itu.

Acara dimuliakan dengan persembahan dari kumpulan marhaban memuji junjungan Nabi Muhammad SAW, mengajak para hadirin bersama-sama berselawat dan berzikir bagi memuliakan majlis tersebut.

Seusai tamat dengan persembahan tersebut, acara dimulakan dengan memperkenalkan serba sedikit latar belakang Ustaz Abdul Somad sebelum diteruskan dengan program berbentuk forum itu.

Penyampaian ilmu tersebut sememangnya memberi pelbagai manfaat kepada para muslimah yang hadir pada hari tersebut.

Turut menyerikan program tersebut isteri kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Kembara Cinta Rasul merangkap ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim turut hadir.

Turut kelihatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta lain-lain.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 September hingga 2 Oktober itu akan menampilkan pelbagai pengisian menarik kepada masyarakat di sekitar kawasan Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Lelaki terselamat daripada kereta terbakar

MIRI: Seorang lelaki terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas melanggar belakang sebuah jentera berat yang berada di bahu jalan di Jalan Tudan di sini

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu