Trending

Lebih 2,000 perwakilan banjiri Konvesyen Khas PBB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MERIAH...Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama perwakilan PBB pada Persidangan Khas PBB Zon Kuching, hari ini.

KUCHING: Kira-kira 2,000 perwakilan dari Cawangan 1 hingga 26 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membanjiri Konvensyen Khas PBB 2023 yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Acara yang pertama kali dianjurkan di pusat terbabit berlangsung meriah bermula dengan pendaftaran para perwakilan seawal jam 7.30 pagi, sebelum dewan konvensyen dipenuhi dengan kehadiran peserta.

Tinjauan Suara Sarawak di lokasi menyaksikan dewan seakan dibanjiri lautan merah dengan para perwakilan mengenakan baju batik rasmi PBB, sekali gus melambangkan warna kemegahan parti tersebut.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Presidennya tiba di lokasi acara sekitar jam 12.40 tengah hari, sambil diiringi Timbalan Presidennya Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama-sama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta tetamu kehormat yang lain.

Selain, Presiden PBB itu turut diiringi pembawa bendera yang terdiri daripada sayap wanita dan pemuda PBB ketika masuk ke dalam dewan.

Konvensyen dimulakan dengan ucapan aluan serta penyampaian usul oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof.

Majlis diteruskan dengan laungan lafaz ikrar PBB sejurus selepas tamat ucapan perasmian serta amanat oleh Abang Johari, sebelum penutupannya diakhiri dengan nyanyian lagu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Terdahulu, acara bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang itu mengimbau semula perjuangan yang dilalui parti PBB, selain mendedahkan hala tuju kerajaan termasuk dasar ekonomi baharu negeri.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru