ARTIKEL

Dr Sim (tengah) tidak ketinggalan menyertai larian amal 'Run To Save Lives 4.0' di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Lebih 2,000 sertai larian ‘Run To Save Lives 4.0’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 2,000 peserta memeriahkan larian amal ‘Run To Save Lives 4.0’ yang bermula di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.

Acara tahunan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuching itu, yang bermula seawal jam 6 pagi, menampilkan dua kategori, iaitu larian jarak tiga kilometer (km) dan 5km.

Larian amal tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang merasmikan program yang dilihat berjalan lancar biarpun cuaca dalam keadaan hujan renyai-renyai sekitar jam 6.30 pagi.

Para peserta dilihat bersemangat menyertai larian amal ‘Run To Save Lives 4.0’.

Kehadiran Dr Sim turut diiringi Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin.

Rata-rata peserta merupakan warga tempatan, khususnya dari sekitar bandar raya Kuching, tidak kurang juga ahli keluarga yang membawa anak-anak menyertai larian amal tersebut.

Cuaca hujan tidak menghalang perjalanan program di mana kanak-kanak mengenakan baju hujan manakala ada di antara peserta turut meraikan larian amal dengan mengenakan payung mengelilingi laluan larian hingga tamat sebagai tanda sokongan terhadap program itu.

Terdahulu, peserta tidak ketinggalan menyertai sesi pemanasan badan yang dilaksanakan pihak penganjur menerusi senamrobik di pekarangan Foyer MBKS.

Program turut diserikan dengan cabutan tiket bertuah berupa baucar makanan serta hamper kepada peserta yang mendaftar secara rasmi dan hadir pada pagi itu.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU