Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lebih 22 juta populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BEJALAIKA TANGGUNG PENGAWA… Ali disempulang bala bukai ngabas pejalai Program Betuchuk Vaksin ba Palan Betuchuk Vaksin Dewan Sri Krian ditu, pagi kemari.

KUALA LUMPUR: Seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sejumlah 97.5 peratus atau 22,838,338 individu dewasa pula telah menerima sekurang- kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 131,240 dos vaksin harian telah diberikan semalam melibatkan 37,689 suntikan dos lengkap; 7,650 menerima dos pertama dan 85,901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,804,374.

Setakat semalam juga 2,442,373 atau 77.6 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 86.6 peratus atau 2,725,876 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731,635. — BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa