Trending

Lebih 25,000 korban keganasan senjata api

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

WASHINGTON: Lebih 25,000 orang maut di seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat keganasan berkaitan senjata api tahun ini, menurut data pemantau pada Selasa.

Arkib Keganasan Senjata mengira 25,193 orang ditembak mati sehingga 1 Ogos, menurut Agensi Anadolu.

Jumlah itu termasuk 11,135 orang yang maut akibat pembunuhan berkaitan senjata api, pembunuhan, tembakan tidak disengajakan dan penggunaan senjata api s e b a g a i pertahanan diri.

Manakala, sekitar 14,058 orang meninggal dunia akibat bunuh diri berkaitan senjata api.

Sebanyak 421 kejadian tembakan beramai-ramai direkodkan setakat ini ketika arkib mencatatkan 86 kes pembunuhan beramai-ramai pada Julai, tertinggi untuk tahun ini.

Secara keseluruhan, 22,175 orang cedera akibat keganasan berkaitan senjata api pada 2023, menurut arkib.

Lebih 580 kanak-kanak ditembak setakat tahun ini selain 3,325 remaja. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru