ARTIKEL

Lebih 30 ahli industri sertai Webinar “pengurusan dan penyelenggaraan tapak pelupusan lestari.’’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurusan sisa pepejal adalah isu penting dan mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi dan alam sekitar.

Justeru sebagai komitmen berterusan dalam menguruskan sisa pepejal, Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (PPSM) telah menganjurkan siri latihan dalam talian mengenai pengurusan dan penyelenggaraan tapak pelupusan lestari.

Webinar ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 30 ahli industri pengurusan sisa, yang secara tidak langsung menjadi platform untuk mereka bertukar maklumat dan pengalaman.

Siri latihan ini juga membolehkan para peserta belajar tentang pelbagai usaha dan teknologi sisa pepejal dan kitar semula di seluruh Malaysia.

Selain itu, ia menyentuh perkembangan terkini, perundangan dan isu-isu lain yang penting untuk menguruskan sisa pepejal.

Malah ia memberikan pandangan dan perspektif yang bermanfaat bagi mereka yang bekerja dalam bidang perlindungan alam sekitar, kitar semula dan pengurusan sisa.

Topik yang dibentangkan adalah Kesesuaian dan Penilaian Tapak untuk Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar oleh Ir. Mazura Mazlan dari TriEcoedge serta Reka Bentuk dan Pembinaan Tapak Pelupusan 101 oleh Zayrul Kama dari Worldwide Landfills Sdn Bhd.

Selain itu ialah Rawatan Leachate dan LFG oleh Venoth Nedumcharian dari SWM Environment Sdn Bhd, Perbandingan dan Kontras Tapak Pelupusan dan WtE oleh Zamri Abdul Rahman dari GreenTech Worldwide Holdings dan Hala Tuju bagi Pengurusan Sisa Bersepadu di Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Stephen Chin.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU