KUCHING: Seramai 2,560 orang yang positif Covid-19 di Sarawak setakat ini adalah dikesan di rumah panjang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata bilangan tersebut adalah daripada jumlah seramai 37,604 individu yang telah disaring Covid-19.
Justeru, katanya sebanyak 307 buah rumah panjang telah dikenakan sekatan pergerakan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.
“Sehingga hari ini, sebanyak 57 buah rumah panjang ini masih dalam arahan sekatan pergerakan.
“Selebihnya iaitu 250 buah rumah panjang telahpun diberi pelepasan arahan sekatan pergerakan setelah tiada lagi jangkitan Covid-19 di rumah panjang tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021