SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Lebih 300 tapak Bazar Ramadan disediakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) menyediakan sebanyak 324 tapak Bazar Ramadan 2023 yang bermula sejak Rabu hingga 21 April ini di lima lokasi.

Lima lokasi tersebut melibatkan Mukah Food Street dengan 94 tapak, Medan Ria Setia Raja Mukah (150), Parkir Baharu Hadapan Waterfront Dalat (60), Oya Square atau Oya Walk (10) dan Market MDDM Balingian (10).

Setiausaha MDDM, Abdul Razak Awang berkata kesemua pemohon sudah mendapatkan cabutan undi tapak itu dan taklimat Kesihatan turut diberikan oleh pihak MDDM.

“Setakat ini MDDM masih lagi menerima lebih sepuluh pemohon bagi memenuhi setiap daripada 324 jumlah tapak yang disediakan di sekitar Daerah Mukah, Dalat, Oya dan Balingian.

“Setiap pemohon yang berjaya turut mengambil vaksin tifoid yang sah, ada sijil Latihan Pengendali Makanan (tahun 2019 ke atas) serta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun 2023,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar di talian 084-871622 pada waktu pejabat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru