ARTIKEL

Lebih 3,000 memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERIAH… Rubiah (lima dari kanan) menyempurnakan pemotongan pulut kuning bersama-sama tetamu kehormat yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri P197 di Dewan Suarah Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Kemeriahan Rumah Terbuka Parlimen Kota Samarahan disambut baik masyarakat setempat selepas majlis meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Suarah Kota Samarahan itu mulai dipenuhi pengunjung seawal jam 9.30 pagi.

Majlis yang bermula jam 10 pagi sehingga jam 2 petang itu dimulakan awal ekoran pengunjung khususnya masyarakat setempat mula memasuki dewan setengah jam untuk bersama-sama menjamu hidangan hari raya.

Dalam majlis berkenaan, kehadiran pengunjung menjangkau sekitar 3,000 orang terdiri daripada masyarakat yang datang dari Asajaya, Muara Tuang, Stakan, Empila, Kampung Niup dan juga penduduk dari sekitar kawasan Samarindah.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang ketika ditemui berkata, rumah terbuka kali ini mendapat sambutan meriah daripada masyarakat setempat setelah dua tahun tidak dilaksanakan ekoran wabak pandemik

“Rumah Terbuka Palimen Samarahan bermula dari 10 sehingga 2 petang, tapi kita sudah membuka seawal jam 9.30 pagi untuk masyarakat setempat memandangkan sudah ramai yang hadir ketika itu.

“Semestinya objektif majlis diadakan adalah untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim di samping merayakan aidilfitri di peringkat parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis tersebut di sini, hari ini.

Beliau juga menjelaskan, majlis tersebut diadakan dengan membuka dua ruang untuk masyarakat menjamu selera agar Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Idris dan mantan Adun Tanjong Datu Datuk Jamilah Anu.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU