ARTIKEL

Lebih 40 usahawan Lundu terima lesen perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUNDU: Seramai 47 orang usahawan Daerah Lundu menerima lesen perniagaan menerusi pendaftaran Program Jom Regista Bisnes Lundu yang diadakan pada Mei 2023.

Penyerahan lesen perniagaan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

“Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) bersama-sama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Pejabat Daerah Lundu dengan pihak konsultan yang dilantik iaitu Rheaco Resources Sdn Bhd.

“Usaha itu bagi membantu usahawan luar bandar untuk mendapatkan lesen perniagaan yang sah,” katanya sambil menambah inisiatif itu memudahkan para peniaga di kawasan luar bandar yang tidak memiliki kawasan komersial.

Program Jom Regista Bisnes bermula sejak 2020 dan kini hampir 24 lokasi diadakan di seluruh Sarawak. Setakat ini, seramai 106 orang usahawan berdaftar di Lundu menerusi program tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,