ARTIKEL

Lebih 400 VVIP seluruh Asia dijangka hadir LIMA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR : Lebih 400 individu kenamaan (VVIP) dari seluruh Asia dijangka hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei depan.

Individu berkenaan terdiri daripada menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan negara.

Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine)  Muhammad Aqlan Pacleb berkata individu tersebut adalah mereka yang membuat keputusan dalam urusan perniagaan berkaitan industri terlibat  di rantau ini sepanjang pameran itu berlangsung.

Beliau berkata kehadiran individu berkenaaan dapat meyakinkan pempamer untuk menyertai pameran yang sekali gus mencipta potensi perniagaan untuk mereka.

“Kami akan mempunyai sekurang-kurangnya 410 VVIP yang merupakan pembuat keputusan dari rantau ini yang akan ditemui pempamer…kami janji mereka akan dapat lihat urusan perniagaan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.

LIMA 2023 bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia dengan edisi kali ini melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).

Baca lain  LHDN salur RM20,000 kepada RACTAR sempena program jelajah Belanjawan 2024

Muhammad Aqlan berkata LIMA yang sinonim dengan pameran pertahanan dan keselamatan itu turut disertai Kementerian Pengangkutan (bagi sektor komersial) untuk kali kedua selepas edisi 2019.

Beliau mengakui Alpine sebagai penganjur LIMA 2023 pada mulanya sukar untuk meyakinkan pempamer untuk sektor komersial namun Kementerian Pengangkutan (MOT) percaya LIMA bukan sekadar pameran pertahanan dan keselamatan kerana ada syarikat yang bukan sekadar untuk memenuhi pasaran industri pertahanan dan keselamatan.

“Contohnya Airbus yang mengeluarkan enjin dan pembuat enjin jet pejuang pada masa yang sama, mereka turut menawarkan enjin untuk komersial…berdasarkan ini jadi kenapa kami tidak fokuskan ke arah itu kerana kami mempunyai sokongan yang kuat daripada MOT, mereka endors LIMA ini bukan setakat pameran pertahanan dan juga keselamatan tetapi juga untuk komersial,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine Anita Jacobson berkata LIMA 2023 turut menyasarkan pasaran luar negara bagi memastikan pameran itu bersifat antarabangsa.

“Kempen jualan dan pemasaran bermula di luar negara dan kami menyertai pameran yang sama di United Kingdom, Thailand, Singapura dan berjumpa kapten industri bagi memaklumkan LIMA 2023 akan dianjurkan (setelah edisi 2021 tidak diadakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu),” katanya.

Baca lain  Ambil PhD pada usia 15 tahun

Menurutnya, 600 syarikat telah mendaftar untuk menyertai pameran tersebut dengan 70 peratus penyertaan daripada syarikat antarabangsa dari 30 negara manakala 30 peratus lagi syarikat tempatan.

Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan pada 2019.-BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang