SARIKEI: Pengagihan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi kawasan Dun Kuala Rajang akan dilakukan dalam masa terdekat.
Adun Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, proses agihan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dilakukan menerusi Pusat Khidmat Dun dengan dibantu oleh beberapa agensi yang terbabit.
Bantuan yang disalurkan itu katanya, merupakan keprihatinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Seperti juga mesyuarat yang sama, pada 3 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Pemangku Residen Bahagian Sarikei, terdapat sedikit penambahan bilangan KIR di Dun Kuala Rajang daripada 4,930 kepada 5,517.
“Saya berharap semua pihak memberikan kerjasama agar proses agihan itu nanti berjalan lancar,” katanya dalam ciapan ringkas di laman sosial rasmi miliknya, semalam.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021