ARTIKEL

Lebih 6.2 tan botol bekas vaksin sudah dilupus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6.25 tan botol vaksin kosong, sudah dilupuskan sebagai sisa klinikal sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan di negara ini pada 24 Februari lalu.

Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, berkata botol yang dilupuskan itu adalah hasil pemberian vaksin COVID-19 kepada 7,593,179 orang sehingga 28 Jun lalu.

“Semua sisa botol vaksin yang dijana di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dikumpulkan di stor PPV secara harian.

“Botol-botol ini akan dihantar ke hospital untuk proses penimbangan sebelum diangkut keluar mengikut frekuensi pengangkutan sisa klinikal yang telah ditetapkan bagi tujuan pelupusan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, botol-botol vaksin, jarum dan picagari daripada aktiviti pemberian vaksin diklasifikasikan sebagai sisa klinikal di bawah kategori sisa tajam.

Semua tong sisa tajam di stor PPV yang dihantar ke hospital seterusnya dibawa untuk tujuan pelupusan ke loji rawatan sisa klinikal yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurut kenyataan itu, proses melupuskan sisa vaksin diuruskan syarikat berkelayakan yang dilantik oleh kerajaan dengan mematuhi keperluan dan syarat-syarat terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Ia dipantau KKM dan Jabatan Alam Sekitar. Ada 12 lokasi di seluruh negara bagi pelupusan sisa klinikal ini,” katanya.

Mengenai persediaan untuk menguruskan jumlah botol vaksin yang lebih besar seiring peningkatan kadar vaksinasi bulan ini yang dijangka mencecah 300,000 dos sehari, kenyataan itu berkata adalah menjadi tanggungjawab syarikat yang dilantik untuk menyediakan sumber manusia yang mencukupi dan berkelayakan bagi menguruskan aspek pelupusan.

“KKM percaya syarikat berkenaan akan membuat penambahbaikan sumber manusia sekiranya terdapat keperluan selaras dengan penambahan sisa klinikal,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya