
KUCHING: Lebih 700 orang peserta menyertai larian Run4Mankind anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (MRC) Sarawak di pintu utama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.
Terdapat tiga kategori penyertaan dibuka kepada orang ramai iaitu 5 kilometer, 3km (terbuka) dan 3km (OKU).
Untuk kategori 5km, Pengerusi MRC Sarawak Chapter Datuk Patinggi Tan Sri Dr George
Chan telah merasmikan larian tersebut.
Manakala, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah melepaskan pelari bagi kategori 3km.

Seterusnya, Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng turut merasmikan flag off bagi larian 3km untuk OKU.
Sekitar jam 7.30 pagi, para peserta tiba semula selepas menamatkan pusingan larian masing-masing, dan diteruskan dengan penyampaian hadiah.
Untuk rekod, program larian ini pertama kali diadakan secara serentak untuk ketiga-tiga kategori tersebut, yang sebelumnya diadakan secara berasingan iaitu tiga kali setahun.
Hadir sama Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan dan lain-lain.