Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Lebih 7,000 kenderaan plat ‘fancy’ di Kuching dikompaun

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KOMPAUN... Ahsmon (kanan) memegang contoh plat fancy yang mewah, kabur dan mengelirukan pihak berkuasa. 

KOMPAUN… Ahsmon (kanan) memegang contoh plat fancy yang mewah, kabur dan mengelirukan pihak berkuasa.

KUCHING: Seramai 7,243 pemandu di Kuching dikompaun bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi iaitu nombor plat mewah (plat fancy).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, jumlah terbabit merupakan bilangan pemandu ditahan atas kesalahan menggunakan nombor plat fancy sejak Januari 2021 sehingga awal Februari tahun ini.

UKUR…. Ahsmon (kanan) menunjukkan peralatan yang digunakan oleh polis untuk mengukur fon pada plat lesen kenderaan

Menurutnya, kesalahan menggunakan nombor plat kenderaan fancy boleh menyebabkan pemandu atau penunggang dikenakan kompaun antara RM300 hingga RM3,000 di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bermula pada tahun 2021, rekod Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah merekodkan kompaun bernilai RM2.17 juta atas kesalahan tersebut.

“Ini merupakan satu kesalahan serius kerana bertentangan dengan undang-undang berikutan ia boleh mengelirukan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas terlibat dalam lawatan penguatkuasaan pada Op Khas Nombor Pendaftaran di Jalan Song, hari ini.

TURUN… Ahsmon (kanan) turun padang melawat lokasi Ops KHAS di Jalan Song

Kata Ahsmon, pemilik kenderaan yang mengenakan nombor pendaftaran plat fancy secara tidak langsung menyebabkan individu yang tidak bersalah dipanggil oleh agensi penguatkuasa.

“Sepatutnya pemandu plat kenderaan mewah dikompaun tetapi orang lain yang mendapat kesan kerana sesetengah plat itu mengelirukan pihak polis,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan IPD Kuching merekodkan sebanyak 48 kes jenayah menggunakan plat lesen mewah dan mengelirukan di kawasan Kuching.

Katanya, 28 kenderaan terbabit kes telah dirampas manakala suspek telah pun disabitkan dengan jenayah.

Mengenai operasi Op Khas, Ahsmon memberitahu sebanyak 23 kenderaan telah dikompaun selepas operasi bermula pada jam 2 petang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru