ARTIKEL

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinfomasi Sedunia 2024 di IMAGO Kota Kinabalu. - Bernama

Lebih 7,000 tapak 5G siap dibangunkan di seluruh negara – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU, Sabah: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.

Beliau berkata dengan jumlah itu, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 81.5 peratus liputan di kawasan berpenduduk manakala daripada sudut langganan pula, angka terkini mencatatkan sebanyak 11.9 juta langganan atau 35.4 peratus.

“Pelaksanaan 5G yang pada asalnya dirancang bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2023-2025 telah diawalkan pada Fasa Satu iaitu penghujung 2021 dan kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2024 di sini hari ini.

Fahmi berkata liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah pula telah mencapai 68.4 peratus setakat suku pertama tahun ini dengan sejumlah 545 daripada 595 tapak 5G yang dirancang telah berjaya disiapkan.

Beliau berkata liputan 4G di kawasan berpenduduk pula telah diperluas hingga 96.92 peratus iaitu melepasi sasaran 96.9 peratus. 

Fahmi berkata sebanyak 839 komuniti Orang Asli dan kawasan pedalaman mendapat perkhidmatan Akses Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) melalui satelit di Sarawak, Sabah, perkampungan Orang Asli serta beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Beliau turut memaklumkan bahawa di bawah JENDELA Fasa Satu, sebanyak 647 menara baharu telah diperuntuk kepada Sabah termasuk 398 yang sedang giat dilaksana dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Fahmi berkata antara faktor yang menyebabkan kelewatan menyiapkan menara itu ialah kelewatan di pihak kontraktor dan kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Beliau berkata Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan projek JENDELA siap serta berjalan lancar.

“Saya telah bertemu dengan semua pihak yang terlibat dan mereka telah memaklumkan menjelang hujung tahun ini, keseluruhan hampir 400 menara akan disiapkan,” katanya.

BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual