ARTIKEL

Lebih 75 peratus rakyat Rusia percaya Putin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Sekitar 77 peratus rakyat Rusia mempercayai Presiden Vladimir Putin manakala 78 peratus lagi yakin dengan prestasi kerjanya, lapor Sputnik merujuk tinjauan pendapat terbaharu oleh Yayasan Pendapat Awam (FOM) Rusia yang dikeluarkan pada Jumaat.

Pada masa sama tinjauan itu mendapati sebanyak 13 peratus responden tidak mempercayai Putin.

Sementara itu, 78 peratus rakyat Rusia yakin akan prestasi kerja presiden manakala sekitar sembilan peratus berpendapat sebaliknya. Tinjauan pendapat itu dijalankan dalam kalangan 1,500 responden di 53 wilayah Rusia pada 15 hingga 17 Disember, 2023. Margin kesilapan tidak melebihi 3.6 peratus.

Pada Disember, Parlimen Rusia menetapkan pilihan raya presiden yang diadakan pada 15 hingga 17 Mac, 2024. Putin pada hujung bulan itu mengumumkan bertanding semula jawatan presiden Rusia. – Bernama-Sputnik 

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan